PENGUMUMAN...!!!


SOLAT HAJAT DI TUNDA KE 24HB OGOS 2008 - UST SALLEH MAN

Tuesday, August 19, 2008

Program 'Solat Hajat Perdana' tunda tarikh

Mohd Sabri Said Tue Aug 19, 08 4:28:19 pm MYT


PERMATANG PAUH, 19 Ogos (Hrkh) - Program 'Solat Hajat Perdana' anjuran PAS Pulau Pinang ditunda tarikhnya daripada 21 Ogos ke 24 Ogos 2008 kata, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man pada Harakahdaily pagi tadi.
Iklan.


Mesyuarat semalam juga memutuskan ia terpaksa dibuat atas permintaan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mempuyai program lain di Kelantan.
"Kita buat sedikit perubahan tarikhnya sahaja manakala tempat dan waktu masih sama," ujarnya.

Tujuan utama program julung kali diadakan di Padang Sony, Seberang Jaya itu bermatlamat memberi kesejahteraan pada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang menanggung kes liwat terbarunya di samping memohon Allah SWT memberi balasan kepada pembantu khas Dato' Seri Anwar, Saiful Bukhari Azlan seandainya mainan sumpahnya itu bermatlamat politik bukan kerana keiklasan. - mns

No comments: