PENGUMUMAN...!!!


SOLAT HAJAT DI TUNDA KE 24HB OGOS 2008 - UST SALLEH MAN

Thursday, August 21, 2008

Isu liwat tidak 'jalan' di Permatang Pauh - KeADILan

Mohd Sabri Said

Wed | Aug 20, 08 | 4:21:50 pm MYT 

Rakyat berbilang kaum di Permatang Pauh bukannya 'tunggul' yang boleh dipergunakan oleh Barisan Nasional (BN). Mereka akan memberikan sokongan besar dan dijangka majoriti calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan meningkat. Iklan



Ikuti wawancara Harakahdaily dengan Pengarah Pilihanraya KeADILan Negeri Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf.

 

Harakah: Apa pandangan saudara mengenai sambutan terhadap sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini?

 

Mustafa Kamal: Gerakerja sekarang ini berjalan dengan lancar malahan lebih baik lagi berbanding pilihan raya umum lalu.

 

Lagipun perpaduan kita hari ini lebih mantap dengan parti lain seperti PAS dan DAP.

 

Hasilnya dapat menyalurkan maklumat dengan lebih cepat sehinggalah menepati sasaran. Selain melaksanakan program ceramah kita juga tidak lupa mengadakan ziarah ke kampung-kampung.

 

Melihat kepada suasana penamaan calon di Institut Perguruan Tunku Bainun tempohari adakah ia mengambarkan sokongan pada Pakatan Rakyat masih kuat?

 

Tidak boleh dinafikan sokongan masyarakat daripada bukan Melayu makin meningkat dan yang paling penting bagi saya ialah kewujudan kesepakatan yang belum pernah berlaku dalam pilihanraya kecil lain.

 

Selama pengalaman saya belum pernah melalui suasana sebegini kerana setiap malam ada sahaja gerakerja yang dihalusi.

 

 Adakah sumpah Saiful Bukhari Azlan boleh menjejaskan kempen Anwar di Permatang Pauh?

 

Saya rasa perkara liwat tidak langsung memberikan kesan pada pengundi di sini malahan mereka lebih matang untuk melakukan perubahan. Kita juga yakin rakyat di Permatang Pauh tidak akan berganjak daripada meneruskan reformasi terhadap negara yang mereka cintai.

 

Bagaimana pula sokongan terhadap masyarakat Cina di parlimen ini?

 

Sokongan masyarakat Cina jauh lebih tinggi berbanding dalam pilihan raya umum lepas. Kaji selidik kita mendapati angka majoriti akan bertambah daripada apa yang Dato' Seri Dr Wan Azizah perolehi. (Mustafa Kamal - gambar).

 

Ada pendapat mengatakan jika Anwar memperolehi majoriti rendah berbanding PRU lepas, sokongan terhadap Pakatan Rakyat mula menurun. Adakah ia benar?

 

Kita kena ingat pilihan raya kali ini bukan pilihan raya umum. Tetapi pilihan raya kecil yang menyaksikan semua jentera terutamanya BN akan turun berkali ganda bahkan akan mempergunakan semua jentera kerajaan dan wang ringgit

 

Saudara yakin undi Anwar akan meningkat?

 

Ya! saya yakin kerana ramai anak muda memberikan sokongan yang cukup padu. Bila kita ke kampung-kampung pun nampak jelas banyak jentera muda membantu dengan sungguh hati tanpa sebarang bayaran.

 

Alhamdulliah semangat jentera KeADILan kini jauh beza dengan KeADILan di tahun 1999 yang mana waktu itu ramai jentera KeADILan agak kaku maklumlah dulu dalam Umno semuanya diuruskan oleh jentera kerajaan seperti Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), polis dan seumpamanya.

 

Apa komen saudara tentang cara jentera BN berkempen BN tetap mengamalkan cara lama untuk berkempen. Perayu mereka masuk kampung gertak orang yang makan gaji dengan kerajaan dan ada yang pujuk agar pengundi jangan undi orang yang suka liwat bahaya terhadap masyarakat.

 

Tindakan mereka itu seolah--olah negara ini tiada undang-undang. Corak kempen sebegini merupak politik yang sudah ketinggalan. Rakyat sekarang sudah berfikiran matang tidak lagi mengamalkan corak politik 'tunggul'.

 

Adakah media membantu kempen KeADILan atau sebaliknya?

 

Memang ada tetapi masih lagi mengamalkan media yang berat sebelah Namun, bila ada saluran alternatif kita dapat juga menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat keseluruhanya dan rakyat menerima dengan baik.

 

Cuma media arus perdana sahaja yang masih main kotor untuk memenangkan BN dengan memberi gambaran salah Pakatan Rakyat serta mahu memecahkan ikatan perpaduan yang jitu.

 

Media utama harus bebas dengan mengambil sama berita-berita pembangkang kerana KeADILan dan Pakatan Rakyat juga parti yang sah di negara ini.

 

Harapan saudara kepada pengundi Permatang Pauh

 

Saya berharap pengundi dapat membuat pemilihan yang bijak dan tidak terpengaruh dalam politik sempat BN. Apa yang dimainkan oleh Umno-BN terutamanya kes khianat terhadap bangsa melayu, ejen Cina dan sebagainya saya rasa sudah tidak lunak di mata rakyat yang kini sudah celik politik.

 

Bukan macam dulu mereka diperbodokan melalui media elektronik dan cetak kononya pembangkang tidak boleh memerintah. Kini, lima buah negeri diperintah Pakatan Rakyat dan ini sekaligus dapat membantu kempen pada pilihanraya kecil ini.

 

Menteri Besar dan Ketua Menteri Pulau Pinang semuanya turut sepentas menerangkan sebenarnya Pakatan Rakyat memerlukan seorang kepimpinan ternama untuk memerintah negara yang sedang menuju kehancuran. - mr _

Wednesday, August 20, 2008

Setelah masuk mlm ke-3

Oleh : Pak Lang Cha

Setelah masuk mlm ke-3 kempen P/Raya Pmtg Pauh..jentera  BN cukup tidak bermaya  setelah digerunkan pada hari penamaan calun lagi.

Semalam sebagai contoh...hanya calun BN yg bergerak pada siangnya kempen dari rumah kerumah..bayangkan dgn perut yg membesar begitu berapa rumah yg dia dapat singgahi.

DSA sebelah pagi mula berkempen masuk keluar ..gerai2..di Seberang Jaya..rumah kerumah, perjumpaan dgn masyarakat Cina Berapit..petang nya jam 7 kempen di Pasar malam penanti..sembahyang Maghrib dan solat hajat di Masjid Kg Pelet yg diimamkan oleh MB Perak YB Nizar..selepas isyak ceramah bermula di Taman Guar Perahu, Kg Petani dan Kg Cross Street berselang seli dgn YB Nizar, Saifuddin dan YDP Pas Sabah. Setiap mlm DSA akan berceramah di 3 lokasi yg berbeza. Itu tak termasuk lagi ceramah kelompok kecil kecilan serta kuliah di masjid-masjid oleh tokoh dan pimpinan seperti Bekas Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Kubang Semang, Dato' Dr. Harun Din di Masjid Perda dan Dato' Seri Ust Azizan Razak di Surau Mengkuang Mak Sulong.

Bermula malam esok pimpinan tertinggi Pas Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Dato' Nik Aziz pula akan mengambil tempat, dijadualkan datang membantu kempen Permatang Pauh.

BN lumpuh di Permatang Pauh walaupun yang datang itu Pak Lah dan Najib..Ahad lepas konvoi Pak Lah dan Najib di 'boo' di Tanah Liat..Pak Lah cuma mengadakan perjumpaan dgn ketua-ketua cawangan UMNO,  tak berani dah nak buat ceramah-ceramah perdana. Bayangkan sorang Perdana Menteri turun tapi satu ceramah pun tak leh nak buat.

Melihatkan perkembangan tersebut sekarang ni BN menggunakan polis dan SPR utk menghalang PR dari terus berkempen dgn melalui medan ceramah. Semalam ceramah kelompok Pak Lang dibatalkan di Kg Pelet kerana SPR dan Polis dah mai kacau nak tgk permit..

Kita terpaksa akur sbb dok plan tu nak buat ceramah perdana pada 20hb ni. Permohonan permit disaat akhir menanti budibicara Polis. Dulu ni masa PRU 12 takat ceramah kelompok ni kita buat tiap2 mlm selamba ja tak payah permit.. Kali ni ceramah kecik-kecik pun walau yg mai tu 10~15 org kena permit.

Kesimpulannya BN semakin kalut dan tak tahu nak buat apa.

Program DSAI 19 Ogos 2008


Program DSAI 19 Ogos 2008
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Aktiviti and Anwar

***Sidang Media harian di Yayasan Aman di tukar ke Sunway Carnival – di Majlis Pelancaran Merdeka Rakyat Jam 11.30 Pagi

Masa Program DUN Tempat Contact Person
0900 Sesi Bertemu Rakyat Permatang Pasir Pusat Perniagaan Taman Ciku Zolkifli Abd Hamid

019 562 1723

1638 Solat Asar
1700 Majlis Bacaan Yasin Permatang Pasir Taman Seri Janggus-depan masjid batu
1931 Solat Maghrib Penanti Masjid Tengah Berapit
2000 Sesi Bertemu Rakyat Penanti Pasar Malam Kampong Tok Elong Johari Zakaria

017 434 1229

2100 Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat Penanti Tanah Lapang Kampong Tun Sardon Azhar Mat Taib

019 569 5878

2200 Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat Permatang Pasir Permatang Tengah Hujong Mohd Idris Hussein

017 409 6826

2300 Ceramah Perdana Memerdekakan Rakyat Seberang Jaya Mini Stadium MPSP Permatang Rawa Abdul Jalil Che Ros

013 489 3227

__,_._,___